POLIMER

 

Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang dan dihasilkan daripada sambungan beberapa molekul lain yang dinamakan monomer. Monomer (dari Yunani mono "satu" and meros "bahagian") merupakan molekul kecil yang boleh terikat secara kimia dengan monomer lain untuk membentuk satu polimer.  Monomer-monomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan kimia yang diganti. Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan. Dalam protein, perbezaan-perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi lingkaran rawak. Untuk mendapat maklumat lanjut sila muaturun fail di bawah.

POLIMER DAN MONOMER2.pdf
Adobe Acrobat Document 499.4 KB

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.

Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama:

                         1.  Skema (Schema)

                         2.  Penyerapan (Assimilation)

                         3. Pengubahsuaian (Accomodation) dan

                         4.  Keseimbangan (Equilibrium)

 

 1. Skema

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

 

2. Asimilasi

Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

 

3..Akomodasi

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalamanbaru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

 

 4. Keseimbangan

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

 

 

 

 a)    Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)

 

 

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selamadua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambing yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya

b)   

 

Pb. Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

 Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

 

P    c. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)

 

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanakkanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.

Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

 

 d.    Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

 

 4 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan

Melalui kajian saya, perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain.

Pada pendapat saya, Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

Pada pendapat saya, Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak.

 

 Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan. Ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetikterhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individudari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.

 

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865 , dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan), Goddard (1890,dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan), Newman (1937,dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) dan Shieldo (1962, dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

 

Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

 

Misalnya, Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanakbergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children,dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah.

 

 

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF.pdf
Adobe Acrobat Document 1.0 MB

Note: Please fill out the fields marked with an asterisk.