PERUBAHAN TREND POPULASI

1.1       Sinopsis

          Populasi adalah semua organisma yang tergolong dalam spesisyang sama dan hidup dalam kawasan geografi yang sama. Perubahan trend populasi adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran, kadar kematian, imigrasi dan emigrasi. . Kelahiran menambah individu baru kepada populasi manakala kematian membuang individu daripada populasi. Begitu juga, imigrasi menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar (emigrasi) membuang individu. Kadar pertumbuhan populasi positif apabila pertambahan individu lebih ramai daripada pengurangan individu. dan adalah sama dengan sifar apabila jumlah individu yang bertambah dan berkurang adalah sama. Saiz penduduk dikenali sebagai Keupayaan Muatan (K), yang ditentukan oleh faktor-faktor alam sekitar. Pertumbuhan populasi boleh dimodelkan oleh lengkung geometri (iaitu, lengkung tak linear), samaada keluk yang berbentuk S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi duakali ganda antara setiap jangka masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini dipanggil pertumbuhan eksponen. Bentuk lengkung pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor: iaitu saiz populasi permulaan atau awal (N0),faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur kadar di mana populasi berkembang jika ia mempunyai sumber makanan.

 

1.2       Hasil Pembelajaran

            Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

 

1.2.1    menyatakan tentang saiz populasi permulaan, Kepadatan Populasi dan Keupayaan Muatan

            1.2.2    memahami tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan populasi

            1.2.3     memahami tentang biodiversiti tersembunyi

 

 

 

 

 

 

1.3       Saiz Populasi Permulaan, Kepadatan Populasi dan Keupayaan Muatan

 

Populasi adalah sekumpulan individu dengan ciri-ciri yang sama (spesies) yang hidup menempati ruang yang sama pada waktu tertentu. Anggota-anggota populasi hidup dalam habitat yang sama, mempunyai persamaan morfologi, anatomi, dan fisiologi serta mampu menghasilkan keturunan dan berkembang biak secara bersama. Konsep populasi banyak

dipakai dalam ekologi dan genetik. Para Ekologis memaknakan populasi sebagai unsur dari sistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Ahli-ahli genetik, menganggap bahawa populasi adalah sebagai satu wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu anggotanya. Pergerakan frekuensi alel dalam suatu populasi menjadi perhatian utama dalam kajian genetik populasi. Sebagai contoh, pada suatu ladang seluas 200 meter persegi terdapat 800 batang jagung, 500 ekor belalang, 50 ekor jangkrik, 10 ekor burung, dan 3 pokok belimbing. Berdasarkan data tersebut maka di dalam ladang tersebut terdapat beberapa populasi, yaitu populasi jagung, populasi belalang, populasi jangkrik, populasi burung, dan populasi belimbing.

            Saiz Populasi Permulaan (N0) dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu fungsi kesihatan, penerokaan ruang, diversiti, masalah kesukaran, pemilihan tekanan dan jumlah individu dalam populasi.

Saiz populasi permulaan (awal) boleh dikira dengan menggunakan pertumbuhan populasi eksponen seperti berikut :

 

Kepadatan populasi adalah hubungan antara jumlah individu dan luas atau isipadu ruang yang diduduki pada waktu tertentu. Misalnya, pada tahun 1990 Daerah Peringat yang luasnya 30 km2 dihuni 100.000 orang, 3.000 ekor kambing, dan 6.000 ekor ayam. Berdasarkan angka tersebut kepadatan penduduk Daerah Peringat tahun 1990 adalah 100.000 orang/30 km2 = 3333 orang per km2. Artinya, setiap luas 1 km2 rata-rata ditempati 3333 orang. Kepadatan populasi kambing adalah 100/km2 dan kepadatan populasi ayam adalah 200/km2.

            Keupayaan Muatan (K) ialah saiz maksimum populasi yang boleh ditampung oleh persekitaran dan bergantung kepada keperluan makanan, habitat , air dan lain-lain yang terdapat dalam persekitaran. Dalam populasi biologi , Keupayaan Muatan ditakrifkan sebagai beban maksimum persekitaran, yang berbeza dari konsep keseimbangan populasi. Keupayaan Muatan merujuk kepada bilangan individu yang boleh disokong di kawasan tertentu dalam had sumber semulajadi, tanpa memusnahkan alam semula jadi, sosial, budaya dan ekonomi bagi generasi masa kini dan masa depan.Dalam erti kata lain, Keupayaan Muatan bagi populasi dikatakan dicapai apabila kestabilan menghampiri nilai maksimum dengan sumber yang terhad seperti makanan, air dan bekalan. Apabila saiz populasi kecil daripada Keupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah positif supaya saiz populasi meningkat .Apabila saiz populasi lebih besar daripada Keupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah negatif supaya saiz populasi berkurang. Pertumbuhan populasi akan berhenti apabila saiz populasi menyamai Keupayaan Muatan. Keupayaan Muatan mewakili keseimbangan saiz populasi.

Contoh keupayaan muatan ialah seperti contoh dibawah dimana seketul daging hanya boleh menampung keperluan 6 larva lalat sahaja .

1.4.1 Kadar Kelahiran (b)

 

 

            Kadar kelahiran adalah punca paling penting dalam pertambahan saiz populasi.
Proses: kelahiran, penetasan, percambahan, pembiakan berjantina adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kesuburan dan kesuburan purata,nisbah jantina di dalam populasi dan kadar pembiakan dalam populasi.

 

            1.4.2 Kadar Kematian (d)

 

            Merujuk kepada kematian individu-individu dalam populasi. Kematian disebabkan oleh beberapa faktor seperti kematian fisiologi, faktor-faktor genetik, kematian akibat kemalangan, musuh semula jadi, kannibalisma dan kekurangan makanan. Kematian dalam populasi hidupan liar adalah sukar untuk ditentukan kerana tindakan pemangsa jarang diperhatikan dan kecepatan kematian akibat penyakit dan perasit..

 

            1.4.3 Imigrasi dan Emigrasi

 

            Imigrasi bermaksud penghijrahan ke dalam sesuatu kawasan kerana mencari pasangan dan makanan di kawasan baru. Manakala Emigrasi bermaksud penghijrahan keluar dari satu tempat ke tempat lain. Haiwan liar seperti harimau, serigala dan beruang muda meninggalkan populasi mereka kerana dihalau oleh induk kerana telah matang ataupun kerana kekurangan makanan.

           

1.4.4 Pengiraan Pertumbuhan Populasi

 

 

Contoh:

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan mengapa saiz populasi akhir berbeza?

Jadual menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak di dalam persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa (generasi).

 

 

Selang masa (t) = generasi

Populasi Badak A

Populasi Badak B

Saiz populasi, (N)

Faktor pertumbuhan, (R)

Saiz populasi, (N)

Faktor pertumbuhan, (R)

0

N0 = 30

 

N0 = 20

 

1

58

1.9

39

2.0

2

123

2.1

82

2.1

3

236

1.9

161

2.0

4

484

2.0

318

2.0

5

955

2.0

643

2.0

 

Langkah

 

 

     Populasi badak A,

                 12  Purata R'> 

           12  = 1.98 ~ 2.0  '>

 

     Populasi badak B,

               12  Purata R'> 

           12  = 2.02 ~ 2.0'> 

 

Soalan

 

Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan (awal), faktor pertumbuhan, atau faktor alam sekitar?

 

Graf menunjukkan bentuk eksponen. Populasi Badak B mempunyai kadar pertumbuhan, R yang tinggi. Saiz penduduk bagi selang masa ke 5 berbeza bagi kedua-dua populasi badak disebabkan oleh saiz awal populasi (populasi permulaan). Bilangan saiz populasi awal bagi badak A sebanyak 30 adalah lebih tinggi daripada saiz populasi awal badak B dimana hanya terdapat 20 sahaja. Disebabkan itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi badak B.

 

 

 

1.5 Faktor-faktor Yang mempengaruhi Pertumbuhan Populasi

 

            Ada dua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan populasi iaitu faktor bersandarkan kepadatan (Density-dependent factors) dan faktor tidak bersandarkan kepadatan (Density-independent factors).

 

            Faktor bersandarkan kepadatan (Density-dependent factors) adalah faktor-faktor yang mengawal pertumbuhan populasi apabila saiz populasi adalah besar seperti makanan dan bekalan air, cahaya, udara, pemangsa,penyakit, parasit dan ruang wilayah. 

 

            Faktor tidak bersandarkan kepadatan (Density-independent factors)ialah tidak bergantung kepada saiz populasi seperti cuaca , ribut, gempa bumi, kebakaran, banjir dan pengairan. 

  

 

1.6 Biodiversiti Tersembunyi

Biodiversiti tersembunyi adalah hidupan yang tidak disedari kepentingan kehadiran mereka. Terbahagi kepada dua iaitu komponen komuniti dalam tanah dan mikroorganisma

1.6.1 Komponen Komuniti Dalam Tanah

Megiabiota merangkumi vertebrata seperti ular, musang, tikus dan arnab yang kebanyakannya menggali tanah untuk mencari makanan dan sebagai tempat perlindungan.

Macrobiota (diameter >2mm) (contoh semut, anai-anai, labah-labah). Akar pokok juga selalunya dikira sebagai biota tanah.

Mesobiota (diameter 0.1 – 2.0mm) biasanya tinggal di dalam rongga tanah. Kumpulan ini kebanyakannya tergolong di bawah arthropoda mikro seperti gegat dan hamama.

Mikrobiota (diameter <0.1mm) terdapat dengan banyaknya, di merata tempat dan terdiri daripada pelbagai jenis. Mikroflora merangkumi alga, bakteria, fungi, yis yang boleh mengurai dan kebanyakannya bahan organik. Mikrofauna merangkumi nematod, protozoa turbelaria, tardigrad dan rotifer.

 

            1.6.2 Mikroorganisma

 

Kebiasaannya mikroorganisma dikaitkan dengan penyebab penyakit tetapi hakikatnya terdapat banyak mikroorganisma yang memberi manfaat kepada manusia. Mikroorganisma yang berfaedah, dikenali sebagai ‘mikrob berfaedah’, memberi banyak kebaikan dalam pemuliharaan alam sekitar. Kini banyak formulasi mikrob berfaedah dijual secara komersial di pasaran untuk kegunaan dalam pertanian sama ada sebagai baja biologi, kawalan perosak tumbuhan, agen pereputan sisa pertanian, bahan nyah bau dan membantu menghadamkan makanan dalam perut haiwan ruminen. Mikroorganisma menjalankan proses hidup seperti bernafas, membesar dan bergerak apabila dibekalkan dengan keperluan asas dan persekitaran yang sesuai.

 

Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama:
(a) bakteria
(b) virus
(c) fungi
(d) protozoa

 

1.6.2. 1 Bakteria
             

Bakteria ialah organisma yang sangat kecil. Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya

Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga. Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang  mencukupi. Bakteria membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.Kebanyakan bakteria tidak bebahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya.Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman

 

1.6.2.2 Virus

Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya. Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria.Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.

1.6.2.3 Protozoa

 

Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria. Protozoa ialah organisma akuatik.Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.

 

 

1.6.2.4 Fungi

Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma. Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita.Fungi membiak daripada spora.Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi. Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.