PERKHIDMATAN EKOSISTEM

            Sinopsis

Perkhidmatan ekosistem   adalah proses-proses dimana persekitaran menyediakan sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan, pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian. Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini memberi kesan kepada tanah, air, makanan dan kesihatan kita.Diantara kesannya adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan,mengitar dan menggerakkan nutrient, menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan dan menyebarkan biji benih.Ekosistem semula jadi , tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. Adalah sukar untuk mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. Walaupun kebanyakan perkhidmatan ini nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit Perkhidmatan ekosistem ini amat penting dan mudah diabaikan. Ia boleh diancam oleh aktiviti manusia seperti kadar perkembangan manusia (saiz populasi, penggunaan per kapita, dan kesan teknologi penghasilan barangan kegunaan). Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh kekeliruan tentang keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan jangka panjang masyarakat . Banyak aktiviti manusia yang mengganggu , merosakkan, mengubah ekosistem setiap hari seperti pengaliran racun perosak, baja dan bahan buangan haiwan, pencemaran tanah, air dan udara,memperkenalkan spesies bukan asli, penangkapan ikan yang berlebihan dan hakisan tanah.

 

            Kitaran Biogeokimia

 

Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dim ana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotic dan abiotik bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran   terdapat tempat dimana unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang.

 

Kitar Air

KITAR AIR
KITAR AIR

Dalam kitaran air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan di permukaan bumi, di atas dan dibawah permukaan tanah. Air boleh bertukar

bentuk   daripada cecair, wap air   dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran

air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa

molekul air secara individu boleh datang dan pergi.   Air bergerak dari satu

takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke

atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pengwapan, kondensasi, pemendakan, penurasan, pengaliran permukaan.   Semasa proses-proses ini air melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas. 

Kitar  air  ini  juga  melibatkan  pertukaran  tenaga  haba,  yang  menyebabkan

suhu  berubah.  Satu  contoh    semasa  proses  pengewapan,  air  menyerap  tenaga

dari persekitaran dan  menyejukkan   persekitaran.   Bertentangan dengan proses

kondensasi  dimana  air  akan  membebaskan  tenaga  kepersekitaran dan  memanaskan persekitarannya. Rajah  kitaran  air menerangkan kesignifikan  dalam menetapkan   kehidupan dan ekosistem di bumi. Dengan  perpindahan air dari satu  kawasan tadahan ke kawasan  tadahan  yang  lain,  kitar  air  m enulenkan  air,  membekalkan  tanah dengan  air  bersih  ,  dan  memindahkan   garam  mineral  ke  bahagian  bumi  yang lain.  Air  juga  terlibat  dalam  proses  mengubah  struktur  geologi  

bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim   sesuatu ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 3.1

 

3.3.2 Kajian Kes: Kitar Nutrien

 

Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien di persekitaran m empunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang paling penting adalah kitar karbon   dan kitar nitrogen. Kedua -dua kitaran ini merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah.

 

3.3.2.1 Kitar Nitrogen.

 

Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Dua nitrogen oksida    di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaran dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan nitrogen dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk mem bentuk asid nitrik, HNO3. Nitrate yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien.

Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan

bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang

seperti kacang soya dan   kacang tanah   membentuk bintil-bintil di akarnya

dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di udara   dan

menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-).

Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan   sebagai nutrien atau baja untuk pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan seterusnya menghasilkan protein. Amonia   juga boleh dihasilkan   melalui proses sintetik yang dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran pemangkin untuk membentuk  ammonia. Ammonia boleh digunakan terus sebagai baja untuk sektor perladangan. Ammonia seterusnya diproses dengan oksigen untuk membuat asid nitrik. Tindakbalas ammonia dan asid nitrik menghasilkan ammonium nitrat yang boleh digunakan sebagai baja. Tahi haiwan bila dihuraikan dalam tanah juga membentuk nitrat. Untuk melengkapkan kitar nitrogen, bakteria dalam tanah menjalankan proses denitrifikasi dengan menukar kembali nitrat kepada gas nitrogen. Lain-lain hasil dari proses ini ialah nitrogen oksida (N2O) dikenali sebagai gas ketawa , juga gas rumah hijau yang meyumbang kepada pemanasan sejagat.

 

3.3.3.2 Kitar Karbon

 

Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi, kerana kehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Bila tumbuhan berfotosintesis ,ia menggunakan karbon dioksid daripada udara , dan menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain. Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora, haiwan yang memakan tumbuhan. Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk membina, memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Ini memindahkan karbon dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karnivora seperti harimau mungkin akan membunuh rusa tersebut dan memakannya, menggunakan daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati, dan karbod dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah. Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bacteria, membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida.

Write a comment

Comments: 3
  • #1

    ashaario (Tuesday, 02 April 2013 11:32)

    Latihan Minda:

    Bagaimanakah air boleh berperanan sebagai elemen yang memberi khidmat kepada ekosistem? Huraikan.

  • #2

    rohani (Tuesday, 09 April 2013 02:07)

    Satu inovasi dalam P&P. Mudah dan mesra pelanggan serta meliputi semua sukatan SCE3107. Macam e-book lengkap. Tahniah kepada pengarang

  • #3

    Juicer Review (Thursday, 11 April 2013 21:52)

    I shared this upon Myspace! My pals will really enjoy it!