PENGENALAN

PENDAHULUAN

 

Matapelajaran Ekosistem dan Biodiversiti merupakan satu matapelajaran yang diajar di Institut Pendidikan Guru. Subjek ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar PISMP dan juga pelajar PPG.

Kursus ini membincangkan ekosistem dan biodiversiti. Ia meneroka ekosistem, perkhidmatan yang diberikan oleh ekosistem, kepelbagaian biologi, pemuliharaan in situ, pemuliharaan ex situ, kepelbagaian tumbuhan, kepelbagaian haiwan, pemahaman tentang trend populasi, ancaman terhadap biodiversiti, kepelbagaian genetik, ekologi akustik dan kepatuhan pengumpulan biodiversiti.

 

TUJUAN MODUL

 

Tujuan modul ini adalah bagi memudahkan para pelajar untuk meneroka dan mendapat maklumat

tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan segera dan menepati kehendak kursus dimana ia akan meminimakan kes-kes kegagalan dalam peperiksaan. Para pelajar juga boleh berinteraksi dengan pengarang (admin) melalui facebook, blog , twitter dan RSS secara serentak.

 

KANDUNGAN MODUL

 

Modul Eksplorasi ini mengandungi 15 topik mengikut proforma SCE3107. Setiap topik akan disertakan dengan nota pelajaran selengkap yang boleh dan beberapa aktiviti yang boleh menjana daya fikir pelajar termasuklah beberapa contoh soalan latihan. Selain itu bagi memudahkan pelajar mendapat info yang lebih nyata, modul ini juga disertakan dengan gambar-gambar dan video-video yang relevan.

 

HARAPAN PENGARANG

 

Semoga Modul Eksplorasi ini menjadi suatu alat pengajaran dan pembelajaran yang inovatif kepada para pensyarah dan para pelajar IPG sekelian. Modul ini juga diharapkan dapat digunapakai oleh semua lapisan pelajar di sekolah rendah, sekolah menengah dan intitusi pengajian tinggi. Semoga modul ini menjadi sedekah jariah pengarang kepada semua warga Malaysia.

Write a comment

Comments: 9
  • #1

    wan..pputeh klate (Thursday, 21 March 2013 11:05)

    salam tuan...saya tertarik dengan blog ini..byk info2 yg saya cari untuk tugasan saya...saya merupakan pelajar ppg sains dalam semester 4 dimana sce 3107 menjadi salah satu subjek yg dipelajari.dalam tugasan saya dikehendaki menulis esei dalam 15 muka surat yg bertajuk a-sifat budaya yg berbeza thdp haiwan liar dan implikasinya kepada pemuliharaan.b-peranan guru dalam pemuliharaan hidupan..saya ingin meminta jasa baik tuan memberikan serba sedikit bahan berkenaan tjuk tersebut sebab saya dah buntu utk mendapatkan bahan...tuan bleh email di...ewann76@yahoo.com.segala jasa baik tuan hanya allah yg dapat membalasnya.

  • #2

    Sarina (Wednesday, 27 March 2013 04:44)

    Assalamualaikum tuan, terima kasih atas usaha murni ini. Mohon halalkan ilmu yang dikongsi ini.

  • #3

    ashaario (Tuesday, 02 April 2013 11:24)

    Untuk Wan dan sarina terimakasih saya ucapkan. Insya Allah saya akan cuba penuhkan permintaan kalian, cuma masa ni masa terlalu suntuk dan sibuk. Insya Allah saya akan usahakan segera.

    Saya halalkan dan sedekah jariah kepada semua.

  • #4

    ashaario (Tuesday, 02 April 2013 12:38)

    untuk dapat bahan bagi budaya haiwan sila rujuk halaman ini.
    http://animalbehaviorsociety.org/

  • #5

    Best Juicer (Wednesday, 10 April 2013 02:52)

    This is a great post! Thank you for sharing with us!

  • #6

    Hayati (Sunday, 14 April 2013 09:15)

    Assalamualaikum.Saya pelajar PPG ingin mohon bantuan tuan tentang memberi penerangan tentang bagaimana untuk memilih keutamaan untuk pemuliharaan berdasarkan indeks simpson.Terima kasih.

  • #7

    ashaario (Sunday, 28 April 2013 11:19)

    MENGIRA INDEX DIVERSITI SIMPSON


    Dalam memilih keutamaan pemeliharaan kita mestilah berdasarkan data dari setiap tempat.

    Indeks tersebut dikira menggunakan formula berikut :

    D= 1/∑pi2


    PULAU SIPADAN
    = 5.548844751 ≈ 5.5

    PULAU TALANG-TALANG
    = 4.604051565 ≈ 4.6

    PULAU REDANG
    = 6.479781421 ≈ 6.5


    Bagaimanakah anda menentukan tahap pemuliharaan pulau tersebut? Adakah mengikut nilai diversiti? Apakah faktor lain yang diambil kira untuk menetukan keutamaan pemuliharaan?

    Nilai diversiti atau nilai kepelbagaian menjadi pengukur yang membawa kepada proses pemuliharaan. Pemuliharaan sumber alam bermaksud usaha-usaha melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutama sumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan supaya sumber tersebut tidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Faktor lain seperti bilangan spesis yang makin berkurangan boleh membawa kepada proses pemuliharaan. Tujuan pemuliharaan dijalankan adalah untuk memastikan sesuatu spesis itu masih wujud dan berupaya untuk membiak bagi menjamin kewujudannya agar tidak terancam.


    Pulau Redang mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi dengan Indeks Simpson sebanyak 6.5. Tapi yang paling diberi keutamaan program pemuliharaan ialah Pulau Talang-Talang kerana kepelbagaian spesis yang paling rendah iaitu 4.6 pada indeks Simpson.

  • #8

    cara mengobati tumor ovarium (Monday, 02 May 2016 07:57)

    the spirit of this day begins with a positive, thanks to all who have provided information to us

  • #9

    Obat Kuat Herbal Alami Bebas Efek Samping (Tuesday, 02 August 2016 15:57)

    thanks to all of the information in this article

Untuk Wan Pasir Puteh; Sila rujuk halaman ini bagi mencari bahan budaya haiwan.

 

http://animalbehaviorsociety.org/