PEMULIHARAAN IN-SITU

Mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat asalnya seperti taman negara, hutan simpanan kekal, taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.

  1.1       Sinopsis

 

Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.

Strategi pemuliharaan “in-situ” adalah strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan yang terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotik (spesies invasif). Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang populasi semulajadi dan habitat semulajadi.

 

1.2       Hasil Pembelajaran

           

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

 

i. memahami Populasi Semulajadi

 

ii. memahami Habitat Semulajadi

 

1.3     Pemuliharaan In-Situ

           

            Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-taman negara di negara masing-masing. Contohnya di Malaysia, Taman Negara yang meliputi Kelantan Selatan dan Pahang. Taman Laut juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian, Terengganu.

 

1.4       Populasi Semulajadi

 

Populasi semulajadi adalah sekumpulan individu yang sama spesies hidup dalam ruang yang sama pada masa tertentu dalam ekologi semulajadi mereka. Individu-individu dalam populasi semulajadi saling berinteraksi satu sama lain dan membiak di antara sesama mereka. Konsep populasi banyak dipakai dalam bidang ekologi dan genetik. Para ekologis menyatakan bahawa populasi adalah satu unsur dari ekosistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Ahli-ahli genetik menyatakan bahawa populasi adalah sebagai wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu dalam populasi tersebut.

1.5       Habitat Semulajadi

           

            Habitat semulajadi adalah kawasan kediaman setiap spesis atau populasi spesis secara semulajadi. Hutan merupakan habitat semulajadi kepada fauna dan flora. Hutan Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti serta menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Terdapat 8 000 spesies bunga dan 2 600 spesies pokok kayu di hutan Malaysia. Terdapat 280 spesies mamalia, 600 spesies burung dan 140 spesies ular, 165 spesies katak dan 1 000 spesies rama-rama. Di antara spesies-spesies flora dan fauna ini ada yang tidak dapat ditemukan di negara-negara lain.

Write a comment

Comments: 1
  • #1

    obat tradisional angina pectoris (Tuesday, 03 November 2015 19:51)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.