KEPELBAGAIAN TUMBUHAN DAN HAIWAN

08(c) Isi Pelajaran_ Interaksi 3.pdf
Adobe Acrobat Document 1.3 MB

 1.1       Sinopsis

 

Tajuk ini membincangkan tentang Kekayaan Spesis, Kesamarataan Spesis, Mengukur Kepelbagaian Spesis dan Ujikaji dalam Kurikulum Sekolah Rendah. Kekayaan spesies adalah bilangan sebenar jenis-jenis spesis yang berbeza yang terdapat dalam alam ini. Keserasian (kesamarataan) spesis ialah perbezaan jumlah jenis spesis dengan spesis yang lain dalam sesuatu persekitaran. Kesamarataan spesis boleh diukur dengan indeks keserasian Pielou. Kepelbagaian spesies mengambil kira kedua-dua kekayaan spesies dan kesamarataan (keserasian) spesies. Untuk mengukur kepelbagaian spesis kita mestilah terlebih dahulu memahami dua komponen yang berbeza iaitu kekayaan spesis dan kelimpahan spesis. Kepelbagaian spesis boleh diukur menggunakan indeks Shannon-Wiener Indeks (H’) , Simpson’s Index (λ) dan Indeks persamaan. 

 

1.2       Hasil pembelajaran

            Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:

  1. Memahami tentang konsep kekayaan spesis
  2. Memahami tentang konsep kesamarataan (keserasian) spesis
  3. Boleh mengukur kepelbagaian spesis

 

1.3       Konsep Kekayaan Spesis Tumbuhan dan Haiwan

 

            Kekayaan spesiestumbuhan atau haiwan adalah bilangan jenis spesis tumbuhan atau haiwan yang berbeza.  Kekayaan spesis hanya kiraan jenis spesis sahaja bukannya bilangan individu dalam spesis. . Sebaliknya, kepelbagaian spesis mengambilkira kedua-dua kekayaan spesies dan kesamarataan (keserasian) spesis . Kekayaan spesis tumbuhan atau haiwan sering digunakan sebagai kriteria apabila menilai kaedah pemuliharaan habitat tumbuhan dan haiwan secara relatif . Walau bagaimanapun, kekayaan spesis tumbuhan dan haiwan tidak boleh menggambarkan identiti spesis tumbuhan atau haiwan itu sendiri. Satu kawasan yang mempunyai banyak individu spesis di mana kekayaan spesies adalah sama, dianggap mempunyai nilai pemuliharaan yang lebih tinggi daripada kawasan lain.

1.4       Konsep Kesamarataan (Keserasian) Spesis Tumbuhan dan Haiwan

 

Keserasian (kesamarataan) spesismerujuk kepada jumlah antara spesis yang tidak jauh berbeza dalam persekitaran.  Ini juga boleh ditakrifkan sebagai indeks kepelbagaian . Contohnya, jika satu komuniti terdapat 40 ekor musang dan 1000 ekor anjing, komuniti tersebut kurang kesamarataan spesis.Tetapi jika terdapat 40 ekor musang dan 42 ekor anjing, kesamarataan spesis adalah tinggi.

Keserasian spesis dalam komuniti boleh diwakili oleh indeks keserasian Pielou: