KEPATUHAN PENGUMPULAN BIODIVERSITI

08(d) Isi Pelajaran_Interaksi 5.pdf
Adobe Acrobat Document 537.3 KB

 

TAJUK 15

 

 

KEPATUHAN PENGUMPULAN BIODIVERSITI

 

1.1       Sinopsis

    

Topik ini membincangkan tentang Pemuliharaan dan Masyarakat Manusia. Kemerosotan  biodiversiti memerlukan program-program pemuliharaan dan pemeliharaan yang terancang dan bersungguh-sungguh. Pemuliharaan biodiversiti melibatkan kerja-kerja penyelidikan mengenai trend dan proses kehilangan biodiversiti, kepupusan spesis , dan kesan-kesan  negatif akibat kehilangan biodiversiti.  

1.2       Hasil Pembelajaran

            Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

 

                      i.        Memahami tentang Pemuliharaan dan Masyarakat Manusia

                     ii.        Biodiversiti dan Kemapanan

 

1.3       Pemuliharaan Biodiversiti dan Masyarakat Manusia      

          Pemuliharaan biodiversiti berkait rapat dengan penyelidikan faktor ekologi seperti  penyebaran organisma, penghijrahan , demografi , saiz populasi , pembiakbakaan , populasi kecil dan spesis terancam .  Adalah dijangkakan bahawa 50% daripada semua spesis di planet ini akan hilang dalam tempoh 50 tahun akan datang.

        Pemuliharaan biodiversiti melibatkan kerja-kerja penyelidikan mengenai trend dan proses kehilangan biodiversiti, kepupusan spesis , dan kesan-kesan  negatif akibat kehilangan biodiversiti. Pemuliharaan sumber semulajadi adalah masalah asas. Usaha untuk memelihara dan melindungi biodiversiti secara global adalah satu fenomena yang baru. Undang-undang dan penguatkuasaan adalah perlu bagi menjamin agar bekalan biodiversiti berterusan dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat dunia.  

Sejarah pemuliharaan biodiversiti telah bermula pada abad ke 18 lagi. Menjelang 1900, terdapat 150 muzium sumber asli di Jerman , 250 di Great Britain , 250 di  Amerika Syarikat , dan 300 di Perancis . Pada abad ke-19 semangat untuk mengumpul spesimen hidupan yang hampir pupus dilakukan .Perkhidmatan ekosistem adalah konsep moden yang diperkenalkan   dalam abad ke-19 dimana .Amerika Syarikat telah menjadi perintis kepada penubuhan Taman Negara pada masa itu. Program pemuliharaan terancang mula digunakan dalam abad ke-19 yang melibatkan bidang pengurusan ekonomi dan sumber semula jadi seperti kayu , ikan hiasan, tanah permukaan padang ragut  dan bahan  mineral.  Di samping itu, pemeliharaan hutan ,hidupan liar dan kawasan tadahan air juga dititikberatkan.  British telah memperkenalkan  Akta Pemeliharaan Burung Laut Amerika Syarikat telah mewujudkan Akta Hutan pada tahun1891 . Pada awal abad ke-20 New York Zoological Society telah memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan spesies tertentu dan menjalankan kajian pemuliharaan untuk menentukan kesesuaian lokasi yang paling sesuai untuk program pemuliharaan kucing besar di Amerika Selatan  . Seorang penyelidik , Akeley telah melakukan ekspedisi ke Pergunungan Virunga untuk memerhati gorila gunung bagi tujuan pemuliharaan.  Beliau memujuk Albert dari Belgium untuk sama-sama mempertahankan gorila gunung dan menubuhkan  Taman Negara Albert (dinamakan semula dengan  Virunga National Park ) di Republik Demokratik Congo .

           Menjelang 1970-an, di bawah Akta Spesies Terancam (USA) , bersama-sama dengan Akta Spesis Berisiko (Kanada), Pelan Tindakan Biodiversiti dibangunkan di Australia , Sweden , dan United Kingdom dimana  beratus-ratus spesies tertentu dilindungi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui  Persidangan Agung UNESCO pada tahun 1972.telah melaksanakan program pemeliharan taman-taman semulajadi di seluruh dunia bagi menjadi warisan kepada  generasi akan datang.  Pada tahun 2006, sebanyak 830 taman disenaraikan iaitu  644 taman kebudayaan dan  162 taman semula jadi.  Negara pertama menjalankan program  pemuliharaan biologi secara agresif melalui perundangan negara adalah Amerika Syarikat (Akta Spesies Terancam (1966) dan Akta Dasar Alam Sekitar Negara (1970) dan dikuti    oleh .India yang telah  meluluskan Akta Perlindungan Hidupan Liar pada tahun 1972.

Satu organisasi pemuliharaan bandar telah ditubuhkan di Birmingham , UK yang kemudiannya diikuti oleh bandar-bandar lain di seluruh UK.  Pada mulanya pergerakan ini dilihat sebagai radikal, tapi gerakan pemuliharaan ini telah menjadi popular dalam pemikiran pakar-pakar pemuliharaan biodiversiti. . Pada tahun 1985, pergerakan ini mula menjalankan usaha-usaha  penyelidikan yang terarah kepada pemuliharaan biodiversiti bandar. Menjelang tahun 1992, kebanyakan negara di dunia telah komited kepada prinsip-prinsip pemuliharaan  biodiversiti .Melalui  siri-siri Konvensyen Kepelbagaian Biologi  banyak negara telah mula melaksanakan program Pelan Tindakan Biodiversiti  untuk mengenalpasti dan memulihara spesies terancam dalam negara mereka  serta melindungi habitat bersekutu.  Akhir tahun 1990-an menyaksikan peningkatan profesionalisme dalam sektor ini dengan tertubuhnya organisasi seperti Institut Ekologi dan Pengurusan Alam Sekitar dan Persatuan Alam Sekitar .

 

Perancangan pemuliharaan strategik adalah cara yang berkesan untuk mengenal pasti reka bentuk yang berkesan bagi  mengekalkan biodiversiti . Terdapat enam peringkat saling berkaitan dalam pendekatan perancangan pemuliharaan strategik iaitu:-

  1. Mengumpul data tentang biodiversiti di kawasan perancangan
  2. Kenal pasti matlamat pemuliharaan bagi kawasan perancangan
  3. Mengkaji kawasan pemuliharaan yang sedia ada
  4. Pilih kawasan pemuliharaan tambahan
  5. Melaksanakan tindakan pemuliharaan
  6. Mengekalkan nilai-nilai yang diperlukan oleh kawasan pemuliharaan 

       Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) telah menganjurkan pelbagai persidangan saintis global dan stesen penyelidikan di seluruh dunia untuk memantau keadaan perubahan  alam dalam usaha untuk menangani krisis kepupusan.  IUCN juga menyediakan laporan tahunan yang kemas kini mengenai status pemuliharaan spesies melalui Senarai Merah.  Senarai Merah  IUCN  berfungsi sebagai alat pemuliharaan antarabangsa untuk mengenal pasti  spesis yang paling memerlukan perhatian pemuliharaan dan dengan menyediakan indeks global pada status biodiversiti .