EKOSISTEM

EKOSISTEM.pdf
Adobe Acrobat Document [1.6 MB]
Download
08(a) Isi Pelajaran_ Interaksi 1.pdf
Adobe Acrobat Document [749.0 KB]
Download

             Sipnosis    

 

Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity). Ekosistem yang mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesies yang tinggi. Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G. Tansley berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen komponen ekosistem.
Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma.

 

 

            Hasil Pembelajaran

           

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

 

i.   Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem

            ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi

 

 

 

 

 

TAJUK 1: PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

 

1.1 Definisi dan Pengertian Ekosistem

 

Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi Inggeris bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan merupakan konsep yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-pernyataan resmi tentang istilah dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem mulai terbit cukup menarik dalam literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah, dan Rusia (Odum, 1993).

 

Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut :

(i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan antara benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem dicirikan dengan berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang sepenuhnya berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau dengan sistem lain di luarnya.

(ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi kehidupan dalam alam (Dephut, 1997). (iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan secara kompleks di dalamnya terdapat habitat, tumbuhan, dan binatang yang dipertimbangkan sebagai unit kesatuan secara utuh, sehingga semuanya akan menjadi sebahagian mata rantai kitar material dan aliran tenaga. (Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983).

(iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit fungsional dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki komponen secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat proses ekologi secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran tenaga sesuai dengan keadaan ekosistemnya.
(v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

(vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan organisasi ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen dengan fungsi berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing komponen terjadi hubungan timbal balik. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam rantai makanan dan jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga dan kitar material

 

1.2 Fungsi Ekosistem

Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling hubungan dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahan-bahan. Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input, perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. Sebatian organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem . Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar, pengguna yang pelbagai dan pengurai Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen, fosforus and bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokemikal.

 

SENARAI BAHAN RUJUKAN

 

1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell  Science.

       Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity:biomes.

       2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar

Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other creatures.

3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/

            Chapter 1 The soil food web online



 

TAJUK 2  : JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM

 

2.1       Sinopsis

Sesebuah negara   menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim dan kedudukan dari segi latitud dan altitudnya masing-masing. Setiap ekosistem mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung kepada lokasi yang berbeza. Perbezaan ini merupakan faktor penentu kepada tahap biodiversiti dalam sesuatu ekosistem. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan yang tinggi.

 

 

2.2       Hasil Pembelajaran

            Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1.Menerangkan jenis-jenis ekosistem

2.Menyatakan dan menerangkan lokasi-lokasi ekosistem .

3.Menyatakan kaitan kerumitan dan kestabilan biodiversiti dengan ekosistem

 

2.3       Jenis-Jenis Ekosistem

Terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama   diantaranya adalah ekosistem akuatik, ekosistem   hutan hujan tropika, ekosistem   hutan paya bakau, ekosistem hutan gambut, ekosistem kolam   dan agro ekosistem   seperti ekosistem sawah padi dan ekosistem ladang kelapa sawit.

.

 

2.3.1    Ekosistem Akuatik


Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air. Komuniti-komuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran mereka. Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air tawar

Ekosistem Akuatik
Ekosistem Akuatik
Ekosistem Marin
Ekosistem Marin

2.3.2 Ekosistem Air Masin (Marin)

 

Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan mengandungi hampir 97% daripada air dunia. Ekosistem ini menjana 32% dari pengeluaran bersih utama dunia. Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air laut adalah natrium dan klorida. Air laut secara puratanya mengandungi kandungan garam 35 bahagian perseribu (ppt) . Biasanya saliniti berbeza antara ekosistem marin.
Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :-

 

i. oceanic (bahagian cetek)

ii. profundal (dasar atau air dalam)

iii. benthic (dasar laut);

iv. intertidal (kawasan antara taid(tides) tinggi dan rendah )

v. estuaries

vi. salt marshes;

vii. coral reefs (terumbu karang)

ix. hydrothermal vents (dimana bakteria sulfur chemosynthetic membentuk makanan

     asas).

Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah brown algae, dinoflagellates, corals, cephalopods, echinoderms, and sharks. Ikkan dalam ekosistem marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar . Masalah alam sekitar yang berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak mampan, pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai.

2.3.3 Ekosistem Air Tawar

Ekosistem ini meliputi 0.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi 0.009% dari jumlah air dunia. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih dari air dunia. Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia.

 

Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu;-


1. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik.
2. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai.
3. Tanah Lembab (Wetlands), kawasan dimana tanah tepu dengan air


Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi yang tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi sumber makanan kepada ikan anaromous. Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien penting kepada hidupan lain. Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah kehilangan air, empangan, pencemaran bahan kimia dan kepupusan spesis. Tanah lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan ekosistem semulajadi yang produktif.

Ekosistem Air Tawar
Ekosistem Air Tawar

2.3.3.1 Ekosistem Kolam

Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof yang asas iaitu pengeluar. Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri daripada ikan. Terdapat juga ular, kumbang air dan kura-kura.



Ekosistem Kolam
Ekosistem Kolam

2.3.3.2 Fungsi Ekosistem Akuatik

Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. Sebagai contoh kitar nutrien, air bersih, penampung banjir, saliran air bawah tanah dan menyediakan habitat untuk kehidupan haiwan liar. Ekosistem akuatik juga penting untuk rekreasi manusia dan sangat penting untuk industri pelancongan terutama kawasan pesisir pantai.  Tekanan terhadap ekosistem akuatik akan mengakibatkan kerosakan alam sekitar termasuklah perubahan suhu air dan penembusan cahaya ke dalam air. Pencemaran kimia pula mengakibatkan kekurangan nutrien, oksigen terlarut berkurang dan menjadi toksin kepada hidupan . Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi tekanan kepada ekosistem akuatik.

2.3.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika

 

Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi dan terletak di kawasan sekitar garisan   Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan tanah pamah seperti     di Hutan hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat panas, dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 ° C   serta menerima lebih daripada 250 sm³ hujan setahun.   Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk   pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud   adalah kawalan iklim utama di hutan hujan tropika.

Ekosistem hutan hujan tropika
Ekosistem hutan hujan tropika

2.3.5 Ekosistem Paya Gambut

 

Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah   mati dan lapisan bahan daripada tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri- ciri terendam air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air yang berasid. Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar iaitu meliputi 75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. Dianggarkan terdapat seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia, di mana 70% daripadanya terdapat di   Sarawak, kurang daripada   20% di Semenanjung Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah.

Ekosistem Paya gambut
Ekosistem Paya gambut

2.4       Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan

 

Biodiversiti   adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies, berapa   banyak variasi genetik atau bilan gan jenis komuniti yang terdapat di sesuatu ekosistem . Kompleksiti   sesuatu ekosistem ber gantung kepada   biodiversiti sesuatu ekosistem . Kestabilan ekosistem pula dinyatakan dengan beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk mendefinisikan   sebagai   sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal selepas d iganggu, lebih cepat ia kembali kepada keadaan   asal lebih stabil sesuatu ekosistem itu.

 

2.4.1 Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem hutan hujan tropika

 

Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan biojisim total. Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan penyamaran   yang berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau daun hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu serta sukar dilihat daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan kaedah ini. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk mem beri amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat beracun.   Sebagai contoh katak beracun   dari species Dendrobates auratus yang berwarna putih dan hitam, D. leucomelas mempunyai warna kuning terang dan hitam serta D. granuliferus yang berwarna merah di   bahagian atas serta sisi dan kaki pula berwarna hijau.

Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam biome ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tum buhan di ekosistem   hutan hujan tropika ini   mempunyai pucuk atau daun muda yang berwarna merah. Tumbuh-tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. Ada haiwan yang hidup dilantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti di kanopi hutan ini. Serangga adalah antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini. Anai-anai   adalah sangat penting sebagai pengurai di kawasan ini. Kerana kompleksiti ecosystem ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil.

 

 

 

 

2.4.2 Biodiversiti, Kekompleksian dan Kestabilan di Ekosistem Hutan Paya Gambut

 

Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan   tempat tinggal kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindunga n bagi lebih daripada   60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang utan, Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storm’s Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank gen semula jadi   tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan diterokai.

 

Latihan

1. Senaraikan perbezaan dan persam aan   diantara ekosistem Hutan hujan tropika

   dengan Hutan paya gambut.

2. Banding dan bezakan jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Malaysia

Write a comment

Comments: 3

  • #1

    ashaario (Sunday, 09 September 2012 09:19)

    Kepada para pelajar, jika ada masalah boleh sertakan disini

  • #2

    ashaario (Saturday, 09 March 2013 08:00)

    Senaraikan lima jenis eosistem dan huraikan satu persatu

  • #3

    auni (Tuesday, 09 April 2013 01:52)

    Satu nota yang lengkap. Terima kasih banyak-banyak tuan haji

  • loading