BIODIVERSITI

08(b) Isi Pelajaran_ Interaksi 2.pdf
Adobe Acrobat Document 765.0 KB

Biodiversiti merupakan khazanah yang tidak ternilai dan menjadi warisan kepada generasi akan datang. Mendengar istilah biodiversiti mungkin ada di antara kita yang masih belum jelas mengenai takrifannya. Perkataan biodiversiti sebenarnya merupakan perkataan singkatan bagi ‘biological diversity' ataupun kepelbagaian biologi yang mana ia didefinisikan sebagai keanekaan di antara organisma hidup daripada pelbagai sumber baik daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkaui ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks yang termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.Biodiversiti terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem.

Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga.
Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta.

Malaysia sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita. Kebanyakan daripada spesies-spesies tersebut adalah sangat unik dan tidak ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima. Kalau dilihat daripada kedudukan negara kita, ia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan kerana dalam kebimbangan negara-negara lain di dunia mengenai kepupusan habitat hutan serta sumber-sumber yang mendiaminya, namun kita masih lagi dapat mengekalkan khazanah yang sangat berharga ini.

Bagi spesies fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan 150, 000 haiwan invertebrata. Walaupun jumlah bagi spesies tumbuhan dan haiwan vertebrata darat adalah tidak seberapa sebagaimana yang dimiliki oleh empat buah lagi negara lain di Asia Timur, namun Malaysia masih mempunyai bilangan yang terbanyak dari segi jumlah spesies per kilometer persegi. Kita patut bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak ternilai yang menjadi sumber rezeki untuk keperluan kehidupan seharian kita. Malah rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Justeru, kita sebagai khalifah di bumi ini patut menghargai dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah S.W.T. akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki". Justeru, dalam konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah, manusia diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh kebijaksanaan baik di daratan, lautan mahupun di angkasa.

Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat yang sangat besar dalam kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Bagaimanakah biodiversiti dikatakan membantu dalam proses keseimbangan alam sekitar? Jika kita amati, biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan; interaksi spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran; tingkah laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian fizikal habitat yang terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan mengekalkan kekompleksan dalam ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang sekaligus akan turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia.

Setiap kejadian yang Allah S.W.T. ciptakan di atas muka bumi ini mempunyai alasan tersendiri. Sebagai contoh, spesies reptilia terutamanya ular mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, dan penciptaannya bukan sekadar untuk menghuni alam tanpa sebarang sebab. Malah ia diperlukan dalam kehidupan manusia terutama dalam bidang pertanian padi yakni berperanan mengawal tanaman daripada serangan tikus dan serangan perosak yang lain. Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada serangan perosak. Didapati kira-kira 99% potensi serangga perosak tanaman adalah dikawal oleh pelbagai jenis organisma merangkumi serangga, burung dan fungi (kulat) selain spesies reptilia yang disebutkan di atas.

Biodiversiti juga penting dalam pendebungaan dan pengeluaran hasil tanaman. Bagi kebanyakan tumbuh-tumbuhan berbunga, pembiakannya bergantung kepada beberapa spesies haiwan seperti lebah, rama-rama, kelawar dan sebagainya dalam membantunya membiak melalui pengangkutan debunga. Malah lebih daripada satu per tiga hasil tanaman makanan manusia sejagat adalah bergantung kepada pendebungaan semulajadi ini. Selain itu, kebanyakan spesies haiwan yang mendiami hutan kita juga turut memainkan peranan penting menjalankan fungsi tambahan dalam pembiakan tumbuhan melalui penyebaran biji benih. Di sini sangat jelas menggambarkan peri pentingnya peranan spesies fauna dalam mengekalkan keseimbanagn alam sekitar secara semulajadi.

Selain bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan iklim. Di mana tisu tumbuhan dan bahan organik lain dalam lingkungan ekosistem daratan dan laut bertindak sebagai gedung kepada karbon yang membantu memperlahankan pembangunan karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara automatik membantu menyumbang kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut mempengaruhi keupayaan langsung ke atas bentuk cuaca persekitaran. Sebagai contoh, lembapan yang dibebaskan ke atmosfera melalui hutan hujan menyebabkan hujan ribut malar dan akan menghadkan kadar kehilangan air daripada sesuatu kawasan dan membantu mengawal suhu permukaan. Sementara itu, dalam iklim sejuk ekosistem hutan bertindak sebagai penebat dan tampan angin bagi membantu mengurangkan kesan suhu dingin.

Biodiversiti bukan sahaja penting dalam proses menstabilkan iklim, malah ia juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengurangkan kesan bencana alam. Hutan dan padang rumput misalnya sangat membantu dalam melindungi landskap daripada hakisan, kehilangan nutrien dan tanah runtuh melalui tindakan cengkaman akar. Bagi sesetengah ekosistem pantai seperti paya masin, paya bakau dan sebagainya sangat membantu dalam menghalang berlakunya hakisan pinggir pantai dan mengurangkan kesan bencana alam seperti tsunami.

Selain itu, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam penjanaan tanah dan pengekalan kualiti tanah. Fenomena ini berlaku melaui aktiviti mikrobiologi oleh spesies-spesies organisma seperti bakteria, alga, fungi, hama, mentibang dan cacing yang mana sangat penting dalam proses penghuraian tanah kepada bahan organik dan membebaskan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup. Proses tersebut memainkan peranan mustahak dalam kitaran elemen seperti nitrogen, karbon dan fosforus antara organisma hidup dan bukan hidup dalam biosfera.

Selain penting dalam proses penjanaan tanah, ia turut memainkan peranan dalam mengekalkan kualiti udara. Spesies tumbuhan bertindak membersih udara dan mengawal kandungan atmosfera, mengitar semula keperluan oksigen dan menapis partikel-partikel berbahaya yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri.

Bukan itu sahaja, malah biodiversiti juga penting dalam mengekalkan kualiti air. Ekosistem tanah lembap(kawasan paya) misalnya membantu menyerap dan mengitar semula nutrien-nutrien penting, merawat kumbahan dan membersihkan sisa tanah. Di dalam sistem muara pula, moluska (binatang berbadan lembut dan bercangkerang) membantu menyingkirkan nutrien daripada air bagi menghalang pengayaan melampau nutrien dan mengelakkan kehadiraan masalah seperti terjadinya eutrofikasi (proses peningkatan laju input bahan organik ke muara atau secara umumnya adalah proses penyuburan perairan secara berlebihan disebabkan oleh kemasukan bahan organik) daripada proses penyalinan baja. Pokok-pokok dan tanah hutan pula bertindak membersih air yang mengalir melalui ekosistem hutan. Dalam proses menghalang tanah daripada dihanyutkan, ekosistem hutan juga berperanan membantu menghalang pemendapan kelodak berbahaya ke sungai dan empangan yang wujud daripada hakisan dan tanah runtuh.

Begitulah besarnya peranan biodiversiti dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Justeru itu, kewujudan biodiversiti jangka panjang adalah sangat perlu bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar kita terus terpelihara. Kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya biodiversiti kepada pembangunan umah dan negara perlulah dipupuk dari masa ke semasa agar keselamatan biodiversiti kita terus terjamin. Selain itu, penambahbaikan ke atas pengurusan biodiversiti secara lestari perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan khazanah tersebut untuk turut dinikmati oleh generasi akan datang

Kepentingan Menghargai Biodiversiti

 

            Biodiversiti adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan sangat penting bagi kita menghargainya. Ini adalah kerana biodiversiti mempunyai kepentingan-kepentingan kepada keseimbangan alam dan juga manusia.

1.4.1 Kepentingan Kepada Alam Sejagat

1.4.1.1 Pengekalan Kitar Hidrologi (Kitar Air)

Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerap air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

1.4.1. 2 Memodifikasi Iklim Dunia

Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim dunia. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

1.4.1.3 Mengawal Hakisan Tanah

Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak timpaan air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi dan cerun bukit. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

1.4.1.4 Menyelenggara Kitar Oksigen dan Kitar Nitrogen

Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

1.4.2 Kepentingan Kepada Manusia 

1.4.2.1 Mempunyai Nilai Perubatan

Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Misai Kucing (Orthosiphon staminues) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. Antara 234 spesis yang dapat dikesan di malaysia yang berupaya menyembuhkan penyakit adalah seperti berikut: Ceri barbados,Cermai, chinese honeysuckle, Cucur atap, Daun Dewa, Daun segugur, Delima, Depu Pelanduk, Derhaka Mertua, Dukung Anak, Durian Belanda, Ekor Anjing,Embun tengahari
Gadis Lompat, Gaharu/depu, Gajus, Galak tua, Gandarusa, Garuda, Gelam Tikus, Gelenggang, Gorek, Halia, Hamba Raja, Hempedu beruang, Hempedu bumi, Hujan panas, Inai, Jambu batu, Jarak Minyak, Jarak pagar, Jarum Mas, Jarum tujuh bilah, Jelai, Jerangau, Jeremin, Jeruju, jerun, jintan hitam, Kacang Malabar, Kacang telang, Kaduk, kancing baju, Kancing Baju Merah, Kantan, Kapalterbang, Kari, kayu manis, Kecubung, Keladi candik, Keladi Tikus, Kelapa, Kemangi, kembang semangkuk, kemoyang, Kemunting, Kemunting Cina, Kenerak, Kerak-kerak nasi, Kerian, Kermak putih, Kesum, Kesumba, Ketumbar jawa, Ketumpangan air, Kucing galak, Kulim, Kunyit, Kunyit Hitam, Lada Hitam, Laici, Lakum, Larak, Lemba, Lemon Balm, Lempoyang gajah, Lemuju, Lemuni, Lengkuas, Lengkuas geting, Lenjuang merah, letup-letup, Lidah buaya, Limau kasturi, Limau Purut, Lontar, mahkota dewa, Maman Hantu, Maman Ungu, Mambu, Manggis, Mas cotek, Mata Ayam, Matakucing Pingpong, Melada pahit, Memali, Mempelas, Mengkirai, Mengkudu, Mengkunyit, Misai ali, Mulberi, Nam Nam, Oregano, Paku Tunjuk Langit, Pala, Palas, Pandan wangi, Patawali, patikan kerbau, pegaga, Penaga, Perah, Peria pantai, Periuk Kera, Petai, Petai belalang, Pokok ajaib, Pokok lelipan, Pokok Manjakani(mempening), Pokok Nilam, Pokok Tea, Pudina, Pulosari, Pulut-pulut, Putat, Rosemary, Rozel, Ruku Hitam, Rumput Israel, Sagu Bemban, Salam, Sambung Nyawa, Sarang semut, Sedap Malam, Sehelai setahun, Sekentut, Selada, Selai Jendela, Selasih, Selasih dandi, Selom, Sembung, Senduduk, Senduduk Paksa, Senduduk putih, Senna mekah, Sepang, Serai, Serai aceh, Serai Wangi, Setawar, Setawar Putih, Sintok, Sirih, Sri Gading, Stevia, Subang nenek, Sundal malam, Sungkai, Susun kepala, Tebengau, Teja, Temu hitam, Temu kunci, Temu lawak, Tenggek Burung, Tepus Kesing, Tepus Tanah, Teratai, Terung asam, Terung Kemar, Terung Ranti, Terung susu kambing, Timun betik, Tomato, Tongkat Ali Hitam, Tutup Bumi, Ubat Kurap, Ubi jaga, Ubi sarek, Ulam raja, Ulat Bulu, Urang-Aring, Vanila, Yesterday, today, tomorrow, Zodia dan banyak lagi yang tak dapat disebut disini.

 


 



 

 

1.4.2.2 Membekalkan Bahan Mentah Kepada Manusia

Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti boleh membekalkan makanan dan minuman yang cukup kepada manusia seluruhnya. Contohnya hidupan akuatik yang terpelihara dapat membekalkan sumber protin secukupnya kepada manusia. Sumber makanan berasaskan ikan didapati dengan banyak jika laut tidak tercemar. Air bawah tanah boleh membekalkan air mineral , manakala sungai membekalkan air minuman kepada hidupan. Biodiversiti juga membekalkan bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak kelapa sawit dan getah.

 

1.4.2. 3 Biodiversiti Menjadi Tempat Riadah

Tempat-tempat riadah atau rekreasi biasanya dipilih di kawasan hutan simpan dan air terjun. Pesisir pantai juga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kehijauan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar kepada manusia boleh membantu menyihatkan badan. Keindahan pantai dan muara sungai boleh mendatangkan ketenangan jiwa.

            1.4.2.4 Mempunyai Nilai Intrinsik

 

            Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “Nilai tersendiri” dan “Hak untuk hidup”. Setiap fauna dan flora mempunyai “hak asasi” dan keistimewaan masing-masing. Semuanya dijadikan Allah untuk kegunaan manusia. Kepandaian manusialah yang akan memastikan pengekalan semua benda hidup di muka bumi ini. Jika manusia melakukan kezaliman ke atas biodiversiti ini, bermakna manusia menempah kesukaran hidup di masa depan dan memusnahkan peluang anak cucu mereka untuk hidup dengan sempurna.

Write a comment

Comments: 7
  • #1

    asraf (Tuesday, 09 April 2013 02:13)

    Assalamualaikum,

    Saya amat tertarik dengan modul eksplorasi ini. Ianya banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus saya. Banyak maklumat yang boleh didapati. Saya rasa bagus kerana ia lengkap macam satu buku.

  • #2

    Juicer Review (Wednesday, 10 April 2013 22:43)

    I just shared this on Facebook! My buddies will definitely enjoy it!

  • #3

    ahmad albab (Wednesday, 28 May 2014 21:45)



    Laman ini sangat bagus kerana banyak info yang kita boleh dapati. Terima kasih kepada pengarang.

  • #4

    Ainon Kent (Wednesday, 15 April 2015 01:41)

    Alhamdulillah terima kasih tn. hj. Semoga amal jariah tn. hj. dlm bentuk nota kuliah ini menjadi sumber inspirasi kpd pensyarah lain dlm profesion pendidikan. Semoga tn hj terus berjaya dunia dan akhirat.

  • #5

    obat tradisional angina pectoris (Tuesday, 03 November 2015 22:21)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.

  • #6

    cara mengobati jantung rematik (Monday, 16 November 2015 01:56)

    Thanks for the information glad to be back to visit this blog, greetings success. Do not forget to visit our blog back

  • #7

    Jamu tradisional untuk pengobatan sperma cepat keluar pada pria (Wednesday, 03 August 2016 22:16)

    various information I get from this article, thanks for all

BIODIVERSITI