Amali 2 SCE3107.pdf
Adobe Acrobat Document 130.0 KB

AMALI 2 :

Bilakah di katakan satu Spesis? Taxonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi

 

Pengenalan

 

            Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza.

(1) Spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama

       dengan jayanya

(2) Spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada

       morphologinya atau binaan biokimianya.

 

            Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini.

 

            Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti, tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat. Taxonomi hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita menamakan semua perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. Sering terdapat perbezaan yang besar antara individu daripada spesis yang berbeza, dan ia mungkin sukar untuk memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis berasingan. Ini benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri morfologi untuk membantu kita. Sebagai contoh, bagaimana ciri-ciri sepunya yang ada pada setiap individu perlu ada supaya mereka boleh dianggap spesis yang sama? Walaubagaimana pun, kaedah bagaimana kita mengelaskan organisma-organisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti.

 

Dalam amali ini kita akan kita kan menyiasat kesukaran-kesukaran yang akan kita tempohi apabila kita cuba menentukan elemen-elemen asas biodiversiti- spesis – menggunakan contoh hepotetikal.

Tugasan

Contoh Hepotetikal ( Hypothetical Example) - MoonMorphs

           

Seorang saintis mendarat di permukaan bulan dan dalam masa lima minit, beliau mula mengumpul sebilangan moonmorphs di permukaan bulan. Moonmorphs itu dibawa balik ke bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari bulan (Biodiversity of the Moon). Anda diberi tugas mengelaskan moonmorphs tersebut ke dalam kumpulan spesis yang berbeza.

      

      Adakah anda mempunyai 29 “spesis”, atau anda kelaskan individu-individu secara bersama ke dalam sesuatu spesis?

 

Laporan Anda

 

Laporan anda mestilah mengandungi tajuk, pengenalan yang menerangkan tentang amali tersebut dan perbincangan (lebih kurang 300 perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. Laporan ini boleh ditulis sebagai soalan dan jawapan, tetapi mestilah rujukannya betul.

  •   Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama ? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut ? Kenapa tidak pilih yang lain-lain ?
  • Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis?
  •     Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah?
  •     Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau lebih spesies "baru 
  •        Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi?
  •      Bagaimana spesis “MoonMorphs” ini dipanggil “morphospecies”?

 

 

Tarikh hantar: semasa interaksi ketiga

 

Laporan ini memenuhi 5% dari jumlah besar markah.